Assalamualaikum.
hello evelibadi la la la dah 8 hari dah dalam 2015. some people tu nanti ada lah page 8/365 hm panjang lagi perjalanan. tapi ingat mati tu bila bila je mana tahu 8/365 kita dah masuk rumah baru ke kan kuasa Allah kita siapa lah nak tahu. Hm aku agak sentap lah dengan satu tweet ni
" page 3/365
page 4/365
Nak tanya lah Al Quran ko berapa page dah? "
okayuy zzaap jugak lah. hahaha fyi aku pernah lah terfikir setiap hari nak tweet bilangan page yang aku masih bernafas tapi lepas je baca tweet tu terus masuk bilik bukak quran cek balik sampai lage berapa tah yang aku dah tergendala. hm sedih en selalu orang kata blog dah berhabuk lah facebook berhabuklah semua berhabuk habis Al Quran yang ko tinggal atas almari tu? berkilat suci bersih lagi lah? takde habuk? okay sekali lagi aku rasa kilat memyambar hatiku sehingga terasa pedih dengan apa yang aku type sendiri. kah kah kah :D
Hm sebenarnyaaa aku nak lah cerita azam aku 2015. Hahahaha well setiap orang ofc ada azam en dan masa 2013 aku ada bagitahu aku punya azam tapi fuh 2/10 je aku rasa jadi pastu mase 2014 aku takcerita pun azam aku. okay dah nvm now aku nak bagitahu azam 2015 yeah nanti hujung tahun kita tengok menjadi ke idok ye kah kah
Okay as you guyss know em 2015 ni umur aku dah nak masuk 16 tahun so bermula lah kehidupan aku sebagai pelajar spm wakaka apak ah semangat gila. Yeah bagi setengah orang f4 ni waktu honeymoon takpayah belajar sangat takpayah struggle sangat takpayah stress sangat and so on. Tapi bagi aku hm cukup lah dua exam besar ni aku takdapat staright A takkan lah selamanya taknak dapat straight A en? Siapa je yang meletakkan otak dia kepala lutut yang cakap taknak dapat straight A? Even orang malas pun nak dapat straight A tau. *okay pal aku merepek panjang ni cerita azam je ngeh -,- * Hm jadinya aku nak belajar dari awal bila form 5 kalau dipanjangkan umur sampai spm takdelah gelabah sangat en.
Okay baik lah first of all ofc lah 2015 ni aku nak life yang baik baik yang best best yang gempak gempak yang perfect je. tapi bika aku fikir balik life yang best ialah life yang penuh dengan ujian. sebab nya tak life lah kalau kita tak diuji en. masetu kita leh tengok siapa watak watak yang memang patut wujud dalam life kita dan mana yang patut kita buang jauh jauh dari hidup kita. hm bagi aku macam tu lah taktahu korang.
Okay then start f4 ni aku nak powerkan lagi english aku. Yelah sampai bila aku nak english aku dekat level sederhana je en. Cuma satu je masalah aku. AKU TAK CONFIDENT. Bila depan kawan kawan aku, aku takleh nak sebut even chat sekali pun yelah sebab dorang semua hebat hebat english kang datang aku tetiba speaking pastu salah heh memalukan. tapi act aku je fikir macam tu dorang tak. tulah kadang susah over thinking ni. Hahaha okay so doakan aku lah ye berjaya powerkan english aku. hm so hope then that my english on spm will be the best grade ever. even dapat A- sekalipun aku dah bersyukur gila weh.
Next, seperti biasa aku nak jaga buku teks rapi rapi taknak kasi hilang nak tulis nama semua kasi lengkap ah. sebab tahun ni ya Allah berapa buku tah aku kena bayar weh semua hilang eish tu amanah en sebenarnya. hm amanah buku teks pun takleh jaga ni nak amanah yang berat berat. Astaghfirullah.
Dan seangkatan dengan nye lah contohnya macam loker kemas tak bersepah bawah meja takde sampah and bla bla hahaha *act aku dah ngantuk ni wakaka*
Seterusnya aku nak ganti balik solat solat yang aku pernah tinggal dulu. Even yang sengaja ke tak sengaja ke aku nak ganti jugak. hm yelah sebab aku ada baca
"Dosa meninggalkan solat boleh dihapuskan dengan taubat. Tapi hutang meninggalkan solat tetap kena ganti kerana ia dikira berhutang dengan Allah."
"Sedangkan hutang manusia pun kita kena langsaikan apatah lagi hutang kita dengan Allah"
So aku pun berniat juga berazam lah nak ganti nya. hm so kalau korang pun dah tergerak hati tu leh lah tengok cara cara nya. mudah je ini semua ikut kemampuan kita :D
okay akhi aiman kita ni boleh membantu. takpe biar kita buat sikit sikit janji istiqomah dan mendapatkan keredhaan Allah ;)))
Dan azam azam yang lain tu sama seperti dulu tak tidur dalam kelas lah nak diam dalam kelas lah ape lah hahahahaha aku banyak nak cakap tapi dah panjang sangat ni so aku stop je lah tapi last but not least aku nak tingkatkan iman aku, aku nak berubah ke arah yang lebih baik insyaAllah :D
Ohh yaa lupa nak bagitahu hm azam aku jugak hujung tahun ni nak ambil black belt hihihi harap sempat lah tapi kalau Allah tak izin ambil tahun depan jelah tapi aku harap sangat dapat lah ambil tahun ni hahahaha okay doakan yang baik baik yaaaa untuk aku hiks Assalamualaikum✌✌✌

No comments:
Post a Comment