PT3

Assalamualaikum.


Yeah alhamdulillah aku masih ada kesedaran tak nak tinggalkan blog cemitu je hahaha okay act aku bukannya malas cuma em entah lah weh aku ada terfikir banyak nak post entry tapi em dah lupakan je. Kadang tu bila aku sensorang idea mencurah curah tapi bila sensorang depan gadget cemini semua idea yang debabom tu hilang laju bagaikan air yang mengalir deras heh nyampah pulak aku. 

Okay Harini 22 Dec merupakan hari untuk pengambilan keputusan PT3 yeahh! Ini lah yang aku tunggu tunggu hahahaha sebabnya nak tahu yang eksperimen kpm ni berjayaa.

Sekarang ni aku dah sehabis redha dah weh. Sebab aku cam dapat rasa yang aku takleh dapat 9A sebab entahlah act memang aku akan salahkan kpm. Yeah macam yang uoollsss tahu dari form 1 kitorang tak didehkan dengan mana mana exam. Bila naik form 3 baru tahu ada exam. Tahunya 3 bulan sebelum tarikh exam pulak. Lamak aiihh memang perit.



(( luahan hati seseorang. Maybe ramai orang))


Okay berdasarkan benda ni aku en cam takpuas hati dengan apa yang dia cakap. Yeah memang betul apa dia cakap. But stop blame kpm for ur result plis. Sebab itu pilihan kita. Jangan nak tipu. Kita masuk form 3 kita dah tahu yang ada exam. Cuma tak tahu format okay beringat sikit ye kat situ. Kita ada je ppt ada je up1 up2 and so on. Still exam gak? Yang cakap tak biasa tu kenapa? Alasan. format? Okay aku nak cakap kat sini yesss memang format berubah tapi syllabus? Ada berubah? Heh takpun. So sama je. Kita ni hidup jangan salahkan orang lain lahh plis sebab kita ada je masa 9 bulan untuk study srmua nya tapi kita? Leka. Alasan? Tak tahu format? Ie plislah tolong fikir eh macam mana budak kat luar sana ada je yang boleh dapat stret A? Macam mana ada yang boleh dapat A dengan markah 80 keatas untuk subjek math sains? Choii kalau dorang boleh kita pun boleh ye ✌✌✌✌


Aku rasa cam agak kasar sikit entry kalini hahahaha cam emo en? Hahahah maaf cuma nak cakap lah stop salahkan orang lain. When something bad happens check dulu diri kita. Kita ke penyebabnya? Dan selalunya yes memang diri kita cuma kita yang taknak salahkan diri kita. Hidup ni kalau nak berjaya ingat dua benda. Jangan pernah wujudkan seribu satu alasan dan jangan salah kan orang lain tentang masalah kita sendiri. Sebab kita yang tak reti nak selesaikan masalah tu camane. Okay maybe kita takdapat straight A sebab cuba tengok effort kita banyak mana? Mungkin ye ade yang stay up sampai tiga empat pagi tapi check balik hubungan dengan Allah? Ok ke ko? Hmm ataupun study hard pun korang study dengan Allah pun korang taklupa tapi kena ingat positive tu penting husnozhon (sangka baik) dengan Allah itu penting. Mungkin bukan rezeki kita harini okay ingatlah Allah pernah cakap " Aku (Allah) memberi apa yang hambaku perlukan bukan apa yang dia mahukan"

(( nahh semangat tolong terharu sikitt. Bukan senang tau nak dapat hik hok ))

So semua yang berlaku ada hikmah. Yang berjaya pada harini tahniah dan jangan tunjukkan sangat kegembiraan tu dengan orang yang dapat result biasa biasa je. Jaga hati kawan tu. Nak gembira lebih lebih kat rumah tapi jangan lupa Allah okay 👌👌👌👌 yang dapat result yang agak tak memuaskan tu ingat apa yang aku cakap kat atas ni jangan berhenti berharap dekat Allah. Bukan PT3 yang tentukan segalanya. Tapi Allah. Kalau korang dapat masuk kelas sains pun rezeki Allah takde takdapat gak jadi doktor. So tugas kita sekarang hanya belajar dan berdoa. Okay? Hahahahaha sayang korang kerana Allah harap kita semua cemerlang dunia akhirat yeay amin amin.

 (( F3 Aspuri Samtsh even gambar masa F2 ))



(( F3 Aspura Samtsh even gambar masa F2 ))


Okayy minta maaf sangat sebab tak ade gambar budak luar minta maaf sangat. Kita pun teringin nak ada gambar satu batch ramai ramai tapi apakan daya so DOAKAN KEJAYAAN UNTUK PELAJAR PELAJAR SAMT SULTANN HISHAMUDIN KG JAWA KLANG DAN JUGA PT3'S CANDIDATE OKAY THANK YOU SO MUCH ILYSMDMETM



Assalamualaikum.




No comments:

Post a Comment