Result

Assalamualaikum.

Sekian lama tak type benda alah ni tertiba tertarik diri nak menulis lepas singgah blog tokterbang tadi hah hm kalini entry dia pasal SPM dan terus aku teringat kan results aku yang jatuh gila nak mati ujian diagnostik sbp f4 baru baru ni (( ala dia tu exam akhir tahun je nama je nak acah hahahahahaa takde lah tu exam selaras untuk semua sbp di malaysia je yeah gais malaysia tanah air cinta darahku )) eh nak cakap happy birthday to our seri paduka baginda rosmah mansor, semoga sel sel otak berhubung selepas menikmati kek 79K (( ooopppsss jangan kecam saya pls )) okay go back to my results yang macam asd6£hjkl63!qteiwja  okay janga cuba cuba baca apa aku type tu, tu bukan bahasa kalkulator ye anak anak jadi jangan gigih sangat nak baca. Oh okay result. Result. Lepas dapat je result tu aku rasa macam nak nangis pun ada tapi aku memang dah expect dah result aku tak sebaik segempak rakan rakan aku yang lain sebab before ranking keluar, kitorang dah dapat dah kertas exam dan you know what banyak gila aku buat carelessssss mistakes so no wonder ranking aku centu en en en en

 *kertas sejarah*    

Okay aku dapat kertas sejarah kot awal sekali tu. Oh ya before hari aku dapat kertas sej ni cikgu aku ada masuk kelas dan dia pun cerita lah pebenda masa dia marking semua. Pastu dia ada kata "saya geram lah ada student saya, takpasti kelas ni ke kelas majah atau kelas f4 lama, ada jawab soalan esei panjang tu dalam point. Dah nama pun esei panjang ya allah jawapan betul dah hah half marks je lah awak. Lepas ni siapa buat macam tu satu soalan rm 10" -Cikgu fiziana yang comel-   Ko tahu weh lepas dia cakap macam tu aku terus gelabah mencicit lah ala semua kan sebab aku rasa tu aku. Weh ko bayanglah masa tengah exam wei aku tetiba stuck fikir yang soalan kbat ni leh ke jawab dalam point ke kena dalam esei jugak ni (( mesti korang rasa ala ape ke bengong nya mesti lah jawab dalam esei dah nama pun esei panjang )) haip bad words are warning here kahkahkah hah ye   weh tapi aku memang stuck gila pastu kenapa tah aku ni kan genius ye aku jawab dalapm point weh ya allah bila dengar half marks tu terus berjijir air mata hahahahahahhha apaks ciwek okay skip bab tu lepas tu aku terus keluar jumpa cikgu dan macam biasa cikgu membebel lah stress ada student macam aku haih.

Bila dapat kertas aku pun tengok lah weh ko bayang lah yang 6 markah 8 markah semua aku dapat half je semua tau ko rasa apa haihhhhh kalau ko buang dash dash yang menunjukkan point tu gerenti full marks weh (( ada yang kata ayat aku ni macam menolak takdir, betul ke? Tapi aku cuma nak bagi hengkorang faham je ye )) Hah tu lah pastu aku dah macam redho gila lah bila tengok markah. Cikgu pun muka tabah habis macam kertas aku ni kertas dia pulak hahahahahahaah ampun cikgu fizzy kesayangan. Semua orang sibuk A berplash plas bagai aku A solid je aku diam je lah kan segan nak cakap result sendiri haih

   *kertas addmath*

 Okay masa dapat kertas aku taktahu lah aku ni memang jenis tak bersyukur ke ape kan (( tapi rasa tak, aku bukan macam tu hahahahahahhahahha )) ha tapi aku macam terkejut lah markah aku kenapa macam sikit sangat kan aku rasa soalannya aku leh jawab tapi kenapa markah penuh kat bahagian depan tu macam sikit lalu aku pun bukak lah kertas weh ko bayang weh ko bayang soalan yang aku takdapat full marks senang cerita salah lah kat bahagian yang senang senang weh astaghfirullah lagi lah parah bila hampir semua soalan ko salah kat step 2 ke 3 kiranya jalan kira ko yang first first lah yang atas atas tu dan automatic lah ko salah atas ko akan salah semua kat bawah tu weh ko rasa apa ya allah masalahnya hampir semua soalannnnn tauuuuuuu !!!!!! Okay stresss kembali bila ko tengok cara aku punya kerja tu dah betul cuma macam salah simbol ke salah tulis nombor ke hah yang buat kan banyak gila markah hilang haih lalu berjijir lah lagi tubir tubir linangan permata permata dari pada sepasang anugerah Allah tu hm

 Okay tu dua subjek yang aku terkesan gila lah careless nya. lain tu macam fizik dengan kimia aku macam tahu careless aku tu pun hilang bape kerat je markah eh tu fizik kalau kimia tu memang penandaan nya strict kan so memang gitu lah hahahahhahahaah careles pun berapa markah je lah hilang kan kahkah hm so bila dapat je ranking batch tu aku taktahu nak sedih ke nak gembira ke nak apa tapi aku rasa macam down gila jatuh gila result even result kelas pun weh aku jatuh kau rasa apa tapi aku taktahu lah result aku yang jatuh ke kawan kawan aku yang menaik tinggi melambung kan eceh macam bajet je ayat okay tukar. Aku taktahu lah, mungkin usaha aku takat situ so result pun takleh nak over takat didih ke beku ke so  gitu jugak lah takat nya hahaahhahaha ayat redho habis macam   fake kan. tokterbang pesan be who you are  okay be who you are yana hahahahah  
                                        
"Allah tak saja saja bagi something tu terjadi kat diri kita"

  Jadinya himkah yang aku dapat kat sini Aku kena rasa bersyukur bila allah tegur aku awal awal pasal segala careless aku tu okay cthnyalah kan pasal sej tu kalau tak mana tahulepas ni aku akan buat salah dengan jawab secara point masa another exam nanti mungkin trial atau mungkin jugak spm kan so bila aku dah kena macam ni insyaAllah takmungkin aku nak buat salah buat kali kedua so yang addmath pun sama begitu. Dan nak pesan tak semua dapat special attention dari Allah so bertahan lah dan bersyukur.   Okay memang dalam belajar kita kena tengok orang atas kita so kita leh ada azam untuk beat dia kan tapi ada masa kita takboleh hanya nak mendongak ke atas kang kita lagi tergolek golek masuk bawah tanah naik kereta api yey ktm naik harga hahaha okay tak tak lawak tak.

Hah ala aku tahu ko takfaham lagi ni okay aku bagi contoh lah kan, bila kau kat  situasi aku, macam addmath tu kan walau kau banyak ada careless mistakes ke ape ke kau tetap dapat markah walau sikit dari orang lain yang terus salah semua jadi kosong kan marks dia okay contoh lain ko rasa teruk gila results addmath kau tapi result kau tetap atas 40 kira kau lulus kan ko bayang orang lain yang usaha gila macam ko mungkin lebih dari ko tapi dia gagal? Ko nak mana nak markah ko sekarang ke nak gagal tu? Dia bukan nak lahirkan sifat tamak haloba riak berlagak rasa ko pandai sangat sebab lulus ke ape tak tau cuma nak bagi kau rasa puas rasa hargai sikit usaha penat lelah kau stay up study semua walaupun waktu sabtu ahad yang patutnya kau bantai tidur sampai lunch tau kesian diri tu penat, dia bukan nya robot eh diri ko bukannya robot ha gitu lah ha faham tak hahahaha aku tahu ayat nya macam keling sikit kan tapi itu lah aku cuba nak sampaikan.

Okay lagi satu aku nak kongsi ni pesan ayah aku, kongsi pesan ayah tau bukan kongsi ayah kang melalak ibu aku hahahahaha okay stop, pesan ayah  "sebenarnya hidup ni takbergantung pun dengan berapa banyak A kau dapat top ranking berapa kau duduk kelas no berapa kau belajar sekolah mana kau masuk, tapi semua nya berkait pasal ilmu." Kalau kau hidup hanya bertuhankan A semata mata maka tiada lah keberkatan dalam hidup kalau dah keberkatan pun takda kau fikir wujud ke perasaan bahagia? Masing masing dah besar dah boleh fikir kan sebab tu aku nak cakap SPM ni sebenarnya membantu kau untuk hidup lebih cemerlang kat luar sana membantu ye mebantu bukan menentukan kehidupan ko lepas ni jadi apa. Jadi jangan terlalu rasa 'oh ni spm aku kena straight a klau tak hancur hidup aku ni' atau 'bodoh spm ha bodoh lah kau kat luar nanti' jangan ya anak anak. Lagipun kalau kita belajar hanya sebb A then A je lah ko dapat eh itu pun kalau dapat. Tapi kalau dapat A+ ? Hahahahahhahaha lol tak lawak lagi okay berbanding kalau kau belajar sebab ilmu,  so A tu akan kejar ko tak ke awesome ko belajar sebab lain benda lain jugak nak ikut? Tak ke rasa hot and fabulous gitu hahahahah okay aku harap ambil lah pengajaran mana yang baik, dan dapat terima pendapat aku ni tapi kalau takpuas hati jugak hah leh lah sembang sembang kencang kat twitter tu hahahahah aku tak mengharap ko nak terima hundredpercent tapi harapnya adalah benda manfaat kau dapat untuk hari ni okay so have a bless day ya ❤❤❤❤



SUPERB

Assalamualaikum.


"If you wait a happy moments, 
Then you will wait forever. Why not you wake up and grab it girls" 


hahaha okay sekian lama aku tak mngupdate entry di blog ini. bukan takde masa, malas je kahkahkah

okay after results pt3 i got tawaran from sbp from sch smap bentong ( superb ) okay bentong ye anak anak pahang. pada mulanya aku fikir macam taknak dan nak tu ada lah sikit. tapi lama lama aku nak ke taknak ke aku kena pergi jugak cause my parents are truthly wants me to be sbp-ianssssss erghh. 

okay then melangkahlah aku ke superb tu. hm kalau nak tahu sch aku ni dekat lah jugak dgn kilang saweeet dan bau saweet tu dah sebati dah. so takpeliklah kalau aku cakap aku dah rasa bau saweet tu macam bau perfume dak dak laki kelas aku je. 

-----------DI SUPERB ------------

Srs aku cakap, menyesal. perkataan yang aku ulangi banyak kali sepanjang aku berada kat sini. menyesal. srs weh menyesal gila kenapa aku terima sini. banyak benda hm salah satunya semua benda pelik kat sini, tak macam sch lama aku. dan aku masuk as form 4 baru en dan form 4 baru yg lain semua rasa macam aku rasa. dan ada je form 4 lama yang rasa macam tu. 

Lama lah jugak aku hidup dalam penyesalan kat superb ni around 6 months gak kot. sampai lah aku jumpa satu ayat ni (( eh jumpa lama dahh, terkesan tu baru je )) 
 " when you cannot get what you want, then try appreciate what you have. then you will feel better " 

andddddd absolutely trueeeee !!! 

(( Coaching of Coordinator, di SUPERB
with SEHEBAT  )) 

ive got my hapinessssss now. takdelah bahagia mana cuma leh lah hidup dari dulu. kat sini srs aku nak menyesal pun takguna sebab aku memang takleh pindah mana mana dah. dan aku akan gantikan perkataan menyesal tu dgn pengajaran. yesss lesson !

katsini aku belajar banyak benda. sangat banyak. tentang kawan. tanggungjawab. amanah. pelajaran. berdikari. ukhuwah apa semua dan paling penting erti kesabaran. tak kata kat samtsh aku takbelajar, cuma kat sini banyak lagi benda yang samtsh belum ada yang aku belajar. contoh kat sini banyak student yg handle program sendiri. kalau kat samtsh dulu ada cikgu tolong from the first prog untill the end prog. 

Aku ada satu kawan ni kat superb. perangai dia truthly macam aku sebijik. eh tak dia lagi mengada manja or aku je yg tak sedar yg aku pun macam tu? hm tah. tapi yes aku dipertemukan dgn dia because we are dormates. so aku nak taknak aku kena bersabar dan terima apa je karenah dia sebab aku fikir camnilah kawan kawan aku sabar dgn karenah aku especially dawns and aisyah sanip. srs ✌ 

 
Ma bae :*

pernah satu tu aku emo gila aku ter tengking dia disebabkan perangai ngada dia. hm aku rasa menyesal lah jugak sebab aku takleh nak control emo aku ni. so hubungan kami renggang. dalam dorm takbertegur kat kelas aku sebelah dia, juga dia taktegur aku, kalau aku tegur pun sometimes dia buat donno and aku macam erghhhh whats lifeeeee sebab aku takleh lah diam je. stghesss tahu. so sejak tu aku cuba bersabar dan tidak emo serta mengawal kemarahan aku. because semua benda leh setlle cara elok takyah marah marah. setiap kali dia buat perangai comei dia setiap kali tu aku akan teringat aisyah. before pindah banyak aisyah ajar aku. banyak sangat dan aku takkan lupa. srs hahahahahahahahahhaha

betullah percaturan Allah tu tepat. siapa kita nak judge Dia. apapun keputusan kita buat jangan pernah menyesal, sebab Allah yang tentukan segalanya. be positife with Allah then you will happy untill the end of ur lifee, Allahu. 

(( aku buat entry ni bukan sebab aku benci dormates aku ke ape, tak. aku sayang dia apa, sayang tau sebab tu aku tahan sampai sekarang, kalau tak aku ignore je hikhik cuma aku nak kata what you give you getback. Macam kes aku, aku rasa dulu aisyah and the rest dawns stress kot layan oeranggai aku yang tak semenggah ni, tak mactured langsung. dan akhirnya aku jugak kena hadap benda sama kahkah padan muka. Dan yang kedua, Allah dah tulis lawa lawa cantik cantik dah jalan hidup kita. jangan persiakan, hiduplah dengan mencari keredhaan dan keberkatan Allah juga manusiaaa :D )) 

Sungai pahang wehh :))


oh yaaaa jangan lupa ya, pray for me for diagnostic sbp, 2 weeks moree 🎈🎈 



Azam

Assalamualaikum.

hello evelibadi la la la dah 8 hari dah dalam 2015. some people tu nanti ada lah page 8/365 hm panjang lagi perjalanan. tapi ingat mati tu bila bila je mana tahu 8/365 kita dah masuk rumah baru ke kan kuasa Allah kita siapa lah nak tahu. Hm aku agak sentap lah dengan satu tweet ni 

" page 3/365
   page 4/365 

Nak tanya lah Al Quran ko berapa page dah? " 


okayuy zzaap jugak lah. hahaha fyi aku pernah lah terfikir setiap hari nak tweet bilangan page yang aku masih bernafas tapi lepas je baca tweet tu terus masuk bilik bukak quran cek balik sampai lage berapa tah yang aku dah tergendala. hm sedih en selalu orang kata blog dah berhabuk lah facebook berhabuklah semua berhabuk habis Al Quran yang ko tinggal atas almari tu? berkilat suci bersih lagi lah? takde habuk? okay sekali lagi aku rasa kilat memyambar hatiku sehingga terasa pedih dengan apa yang aku type sendiri. kah kah kah :D 

Hm sebenarnyaaa aku nak lah cerita azam aku 2015. Hahahaha well setiap orang ofc ada azam en dan masa 2013 aku ada bagitahu aku punya azam tapi fuh 2/10 je aku rasa jadi pastu mase 2014 aku takcerita pun azam aku. okay dah nvm now aku nak bagitahu azam 2015 yeah nanti hujung tahun kita tengok menjadi ke idok ye kah kah 

Okay as you guyss know em 2015 ni umur aku dah nak masuk 16 tahun so bermula lah kehidupan aku sebagai pelajar spm wakaka apak ah semangat gila. Yeah bagi setengah orang f4 ni waktu honeymoon takpayah belajar sangat takpayah struggle sangat takpayah stress sangat and so on. Tapi bagi aku hm cukup lah dua exam besar ni aku takdapat staright A takkan lah selamanya taknak dapat straight A en? Siapa je yang meletakkan otak dia kepala lutut yang cakap taknak dapat straight A? Even orang malas pun nak dapat straight A tau. *okay pal aku merepek panjang ni cerita azam je ngeh -,- * Hm jadinya aku nak belajar dari awal bila form 5 kalau dipanjangkan umur sampai spm takdelah gelabah sangat en.


Okay baik lah first of all ofc lah 2015 ni aku nak life yang baik baik yang best best yang gempak gempak yang perfect je. tapi bika aku fikir balik life yang best ialah life yang penuh dengan ujian. sebab nya tak life lah kalau kita tak diuji  en. masetu kita leh tengok siapa watak watak yang memang patut wujud dalam life kita dan mana yang patut kita buang jauh jauh dari hidup kita. hm bagi aku macam tu lah taktahu korang. 


Okay then start f4 ni aku nak powerkan lagi english aku. Yelah sampai bila aku nak english aku dekat level sederhana je en. Cuma satu je masalah aku. AKU TAK CONFIDENT. Bila depan kawan kawan aku, aku takleh nak sebut even chat sekali pun yelah sebab dorang semua hebat hebat english kang datang aku tetiba speaking pastu salah heh memalukan. tapi act aku je fikir macam tu dorang tak. tulah kadang susah over thinking ni.  Hahaha okay so doakan aku lah ye berjaya powerkan english aku. hm so hope then that my english on spm will be the best grade ever. even dapat A- sekalipun aku dah bersyukur gila weh.


Next, seperti biasa aku nak jaga buku teks rapi rapi taknak kasi hilang nak tulis nama semua kasi lengkap ah. sebab tahun ni ya Allah berapa buku tah aku kena bayar weh semua hilang eish tu amanah en sebenarnya. hm amanah buku teks pun takleh jaga ni nak amanah yang berat berat. Astaghfirullah. 
Dan seangkatan dengan nye lah contohnya macam loker kemas tak bersepah bawah meja takde sampah and bla bla hahaha *act aku dah ngantuk ni wakaka*

Seterusnya aku nak ganti balik solat solat yang aku pernah tinggal dulu. Even yang sengaja ke tak sengaja ke aku nak ganti jugak. hm yelah sebab aku ada baca 

"Dosa meninggalkan solat boleh dihapuskan dengan taubat. Tapi hutang meninggalkan solat tetap kena ganti kerana ia dikira berhutang dengan Allah."

"Sedangkan hutang manusia pun kita kena langsaikan apatah lagi hutang kita dengan Allah"

So aku pun berniat juga berazam lah nak ganti nya. hm so kalau korang pun dah tergerak hati tu leh lah tengok cara cara nya. mudah je ini semua ikut kemampuan kita :D 
okay akhi aiman kita ni boleh membantu. takpe biar kita buat sikit sikit janji istiqomah dan mendapatkan keredhaan Allah ;)))

Dan azam azam yang lain tu sama seperti dulu tak tidur dalam kelas lah nak diam dalam kelas lah ape lah hahahahaha aku banyak nak cakap tapi dah panjang sangat ni so aku stop je lah tapi last but not least aku nak tingkatkan iman aku, aku nak berubah ke arah yang lebih baik insyaAllah :D

Ohh yaa lupa nak bagitahu hm azam aku jugak hujung tahun ni nak ambil black belt hihihi harap sempat lah tapi kalau Allah tak izin ambil tahun depan jelah tapi aku harap sangat dapat lah ambil tahun ni hahahaha okay doakan yang baik baik yaaaa untuk aku hiks Assalamualaikum✌✌✌